Waliyyullah
by Adnan Che Abu on Thursday, September 2, 2010 at 9:08pm
MASALAH & PERSOALAN
WALIYULLAH / AULIYA’ DAN KEWALIAN
Petikan dari Kitab Tafridul-Kathir mukasurat 3 :
إذا سمعت كلمات من أهل التصوف والكمال ظاهرهاليس موافقا لشريعة الهدى من الضلال توفق فيها واسأل من الله العليم أن يعلمك مالم تعلم ولا تمل إلى الإنكار الموجب للنكال, لأن بعض كلماتهم مرموزة لاتفهم, وهي فى الحقيقة مطابقة لبطن من بطون القرأن الكريم وحديث النبي الرحيم. فهذا الطريق هوالأسلم القويم, والصراط المستقيم.
Mafhumnya :
“Apabila engkau mendengar beberapa kalimah-perkataan dari ahli Tasawwuf dan kesempurnaan zahirnya tidak sesuai bagi syariatnya Nabi yang menyatakan petunjuk dari segala kesesatan maka bertawaquflah (berdiamlah) engkau padanya dan bermohonlah (berserahlah) kepada Allah Yang Maha Mengetahui agar engkau di beri akan ilmu yang belum engkau mengetahuinya. Janganlah engkau cenderung mengingkarinya yang mengakibatkan kepada natijah yang buruk. Kerana sebahagian daripada kalimah-perkataan mereka itu adalah isyarat yang tidak mudah difahami. Padahal hakikat-isinya itu sesuai dengan batinnya daripada isi al-Quran-il-Karim, dan hadisnya Nabi yang penyayang. Maka jalan ini lebih selamat sejahtera, dan jalan yang lurus.”
Mari kita lihat ta’rif atau pengertian wali.
Dalam al-Quran-ul-Karim, Allah S.W.T. telah berfirman :
ألآ إن أولياء الله لاخوف عليهم ولاهم يحزنون* ألذين ءامنوا وكانوا يتقون*
( س. يونس ؛ 62-63 )
Mafhumnya :
Ingatlah, bahawa sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran / ketakutan bagi ke atas mereka dan tiada pula mereka itu bersedih hati. ( Iaitu ) Orang-orang yang sebenar-benar beriman dan mereka sebenar-benar bertaqwa.
( Surah Yunus ; ayat 62-63 ).
Menurut Tafsir as-Sowi pada juz ke II mukasurat 182, keterangannya seperti berikut :
وهذه الجملة مستأنفة واقعة فى جواب سوأل مقدر تقديره ما صفات أولياء الله فأجاب بأنهم الذين اتصفو بالإيمان والتقوى . الخ
Mafhumnya :
Firman ini (iaitu Surat Yunus ; 62-63-64) adalah jumlah yang di isti’nafkan (di mulai semula) pada kebiasaannya sejenis jawaban dari suatu pertanyaan yang tersembunyi. ( Yang seandainya dibunyikan soalannya ) Apakah sifat-sifat Auliya’ Allah itu ? Maka dijawab dengan sesungguhnya mereka itu bersifat dengan sifat iman dan taqwa yang sebenarnya. dan begitulah seterusnya lagi.
Dinyatakan disini apa yang pernah dikatakan oleh al-Imam-ul-Jami’ bainas-Syari’ati wal-Haqiqati as-Syeikh Abdul Qasim Abdul Karim ibnu Hawazin al-Qusyairi dalam karangannya ar-Risalatul-Qusyairiyyah mukasurat 160 :
فإن قيل ما معنى الولي قيل يحتمل أمرين أحدهما أن يكون فعيلا مبالغةمن الفاعل كالعليم والقدير وغيره ويكون معناه من توالت طاعته من غير تخلل معصية ويجوزأن يكون فعيلا بمعنى مفعول كقتيل بمعنى مقتول وجريح بمعنى مجروح وهوالذي يتولى الحق سبحانه وتعالى حفظه وجراسته على الادامة والتولى فلا يخلق الخذلان الذي هو قدرة العصيان وإنما يديم توفيقه الذى هوقدرة الطاعة
قال الله تعالى وهويتولى الصالحين .
Mafhumnya :
Maka sesungguhnya apabila ada bertanya “Apa makna Wali ?” Jawabnya “Boleh dimaksudkan pada dua perkara ;
( Pertamanya ) bahawa lafaz Wali berwazan fa’ilun, sighat mubalaghah dari fa’il seperti al-‘Alim dan al-Qodir dan lain lagi jadilah maknanya (wali) ketika itu – ‘Orang yang terus-menerus taat melakukan kebaikan tanpa diselangi kejahatan maksiat’.
( Keduanya ) bahawa boleh juga fa’il dengan makna maf’ul seperti qotil bermakna maqtul dan jarih bermakna majruh jadilah maknanya (wali) ketika ini – ‘Orang yang pada al-Haq Allah S.W.T dipeliharaNYA dan dijagaNYA dan atas jalan berkekalan dan berterusan yang tiada dijadikanNYA khizlan iaitu kemampuan untuk bermaksiat-derhaka, maka sesungguhnya DIA mengekalkan taufiqNYA iaitu kemampuan untuk taat-berbakti’. Berfirman Allah S.W.T. dan DIA lah (Allah) Yang Memelihara golongan orang yang soleh.”
Dalam sebuah Hadis Qudsi yang berbunyi :
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ؛ إن الله تعالى قال ؛ من عادى لي وليا فقد آذنته بالحرب, وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما الفترضته عليه, ولايزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه, فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به, وبصره الذي يبصربه, ويده التي يبطش بها, ورجله التي يمشي بها, ولئن سألني لأعطينه, ولئن استعاذني لأعيذنه.
( رواه البخاري )
Mafhumnya :
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda ; Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman ; “Barangsiapa yang memusuhi waliKU (hamba yang setia kepadaKU) maka aku izinkan (mengisytiharkan) perang terhadapnya. Dan tiadalah seorang hambaKU yang bertaqarrub dengan sesuatu yang lebih KU cintai melainkan dia menunaikan semua yang KU fardhukan atas dirinya. Dan hendaklah sentiasa berterusan hambaKU bertaqarrub (menghampirkan) diri kepadaKU dengan nawafil (sunat-sunnah) sehingga AKU lebih mencintainya. Dan apabila AKU mencintainya, nescaya jadilah AKU (seolah-olah) pendengaran yang ia mendengar dengannya, dan pengelihatannya yang dia melihat dengannya, dan sebagai tangan yang dia bertindak dengannya, dan sebagai kaki yang dia berjalan dengannya, dan andai dia bermohon padaKU nescaya akan KUberinya, dan andaikata ia minta perlindungan akanKU lindunginya.”
( Riwayat al-Bukhori )
Pada sesetengah riwayat sohih yang lain di akhirnya dengan lafaz yang berbeza seperti dalam Kitab Bidayatul-Hidayah karangan Hujjatul-Islam, as-Syeikh Imam-ul-Ghazali r.h.m. yang berbunyi (pada akhirnya) :
.....ولسانه الذي ينطق به .
Mafhumnya :
…dan AKU lah lidahnya yang dia berkata-kata dengannya.”
Juga pada riwayat sohih yang lain dengan lafaz yang sedikit berbeza iaitu dalam Kitab at-Toriq ilallah / Kitab-us-Sidq karangan as-Syeikh-ul-‘Arif Abu Said Kharraz r.a. atau nama sebenarnya Ahmad bin Isa Al-Kharraz al-Baghdadi.( Beliau pernah berguru dengan Dzun-Nun al-Masriy, as-Sirr-us-Saqhti, Imam Bisr ibnul-Haris dan lain-lain tokoh ulama dan wali besar pada kurun tabi’en setelah sohabat. Namanya terkenal disebut dan disanjung dalam kitab ulama-ulama yang lain seperti Kitab al-Hilyah, Kitab Thabaqot-us-Sufiyyah, Kitab ar-Risalat-ul-Qusyairiyyah, Kitab Thabaqot-us-Syafi’iyyah dan lain-lain lagi.)
Dalam riwayatnya, Hadis Qudsi tersebut berbunyi :
يقول الله عزوجل : ما تقرب إلي عبدي بمثل أداء ماافترضت عليه ولا يزال يتقرب غلي بالنوافل حتى أحبه, فإذا أحببته كنت له سمعا وبصرا ويدا موءيدا, دعاني فأجبته, ونصح لي فنصحت له.
Mafhumnya :
Telah berfirman Allah AzzawaJalla ; “Tiadalah hambaKU yang mendampingi dirinya kepadaKU sepertimana ia menunaikan segala yang AKU fardhukan ke atasnya dan selama dia mendekatkan dirinya kepadaKU dengan ibadah sunat sehingga AKU mencintainya. Apabila telah Kucintainya maka (seolah-olah) seperti jadilah AKU baginya pendengaran, pengelihatan, dan tangan yang membantu. Apabila dia bermohon kepadaKU akan KU penuhi permintaannya, apabila dia minta pertunjuk KU nescaya akan Kutunjukinya.”
Di akhiri risalah ini dengan satu lagi Hadis Qudsi.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata : daripada Nabi S.A.W. sabdanya ;
إذا أحب الله تعالى العبد , نادى جبريل : إن الله يحب فلانا فأحبوه ! فيحبه أهل السماء, ثم يوضع له القبول فى الأرض .
( رواه البخاري و مسلم )
Mafhumnya :
Jika Allah Ta’ala mencintai seseorang hamba, akan menyeru Jibril ; “Sesungguhnya Allah Ta’ala mencintai si fulan maka cintailah dia !”. lalu si fulan itu dicintai oleh ahli langit, dan jadikannya disukai ahli muka-bumi.
( Hadis riwayat Bukhori dan Muslim ).
No comments:
Post a Comment