Friday, September 3, 2010

petikan kitab

PETIKAN DARI KITAB قطرالغيثية فى علم الصوفيه
by Adnan Che Abu on Sunday, August 29, 2010 at 8:19pm

PETIKAN DARI KITAB قطرالغيثية فى علم الصوفيه

MURAJA’AH BAGI KITAB ألحكم, منهاج العابدين, تحفة المرسلة, كبريت

الأحمر, منية الفقيرالمتجر, ألرسأل الدرقوية.







Tiada faraq (فرق) antara pendapat ahlus-sufiah atas pendapat ahlul-fuqaha’ daripada hukum syaraq dan rub’ul-ibadat melainkan hanyalah ihtiatt (ءاحتياط) dengan yang terlebih rajih dan kuat daripada segala masalah yang di ikhtilaf (ءاختلاف) jua.



MUSYAHADAH.

Makna musyahadah : Lughah (لغة)

ألأطلاع على الشىء عيانا

Syaraq (شرع)

أن يديم الأطلاع على الله بعين قلبه



Syarat-syarat musyahadah dan muroqobah :

1. meninggalkan hubbud-dunia (حب الدنيا)
2. meninggalkan hubbus-syahawat ( حب الشهوات )
3. segera bertaubat
4. meninggalkan angan-angan
5. kekal dengan zikrullah ( ذكرالله ) di dalam hati.







KENALI SIFAT KEJI DAN SIFAT TERPUJI.

Sifat keji dikenali juga dengan SIFAT MAZMUMAH ( صفة مذمومه)

Digelar juga sebagai Najis Maqnawi ( نجيس معنوي ) . Contohnya seperti :

شره الطعام, شره الكلام, حب المال, حب الجاه, حب اارياسه, حب المدح, حب الدنيأ, ألغضب, ألحسد, ألتكبر, ألخلأء, فخور, ألريأء, ألعجب, ألسمعه .



Sifat terpuji perhiasan mukmin itu pula dikenali dengan SIFAT MAHMUDAH ( صفة محموده ) . Contohnya seperti :

ألتوبة, خوف, الزهد, الصبر, الشكر, ألأخلاص, التوكل, المحبه, ألرضأء, الرجأء, خشوع, خضوع, صدق, ورع, فقيرلله, الشوق, الحيأء, ذكرالموت .







ISTIDRAJ ( ءاستدراج )





"سنستدرجهم من حيث لا يعلمون"





Ada beberapa perkataan ulama hukama tentang penghuraian istilah istidraj. Antaranya :

- Lupa terhadap Allah akibat ghurur (غرور)

- Walau berdosa tetap diberi nikmat dan lupa minta ampun (bertaubat) dan lupa bersyukur.

- Terkadang musuh-musuh Allah itu dihiasi dengan ‘pakaian keWalian’. Manusia melihat seteru Allah ini dengan pandangan kemuliaan dan kemegahan. Tinggi pula mertabat/kedudukan mereka di sisi manusia dan dunianya.

- Terkadang dilekakan atau dilalaikan dengan banyaknya harta benda, pangkat, anak isteri dan kuat tubuh badan.

Istidraj ahli dunia ( أهل الدنيا ) : Seronok dengan syahwat dan isi dunia serta segala keasyikan mereka.

Istidraj ahli ilmu ( أهل العلم ) : Harap kemegahan dan penghargaan makhluk. Bangga dipuji, marah dikeji. Sukakan perdebatan ilmu bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk kemenangan.

Istidraj ahli fuqaha’ ( أهل الفقهأ ) : Takabbur, ujub dan seumpamanya, merasa lebih pintar dan benar dari yang lain.

Istidraj para murid ( مريدين ) : Melihat semata-mata pada karomah ( كرامة ) , khawarik ( خوارق ) , hikmat ( حكمة ) , nikmat dan hasilnya kelebihan ( فضيلة ) .

Istidraj para ‘arif ( عارفين ) : Terlalu menuntut akan maqrifatullah ( معرفة الله ) lalu ada yang menyangka diri mereka sudah kenal dan sampai ke hadhrat Allah walhal terpedaya dan disesatkan oleh Iblis Laqnatullah a’laih tanpa mereka sedar. Na’uzubillah.



Orang –orang Mukmin itu sentiasa dukacita ia kerana takut akan istidraj. Maka terkadang itu ada auliya-NYA yang dilihat oleh orang awam ‘berpakaian’ lahirnya seperti musuh-NYA. Disebabkan makin tinggi kedudukan maka makin tinggi tapi halus pula ujian istidraj dan ghururnya. Asal istidraj itu ialah terlupa akan kebesaran dan kekuasaan Allah Azza wa Jalla.

Takuti oleh kita akan istidraj, jangan besarkan diri sendiri atas segala makhluk. Janganlah terpedaya dengan banyaknya dunia dan banyaknya segala jenis nikmat yang dicurahkan kepada kita.

Jangan pula mudah tertipu dengan sesuatu khawarik atau karomah yang zohir sehingga pasti akan kesolehannya.

Jangan jua tertipu dengan banyak ilmu dan banyaknya ibadat dan ramai nya murid serta ikutan.

Jangan sesekali menjual agama dengan dunia.

Apabila melihat akan seorang alim yang muafakat antara perkataan dan perbuatannya, dia itulah sebenar-benar alim yang bertepatan haknya……pintalah nasihat dan panduan darinya.



( Petikan daripada Kitab المواعط البديعه )

No comments:

Post a Comment