Jenis batu-batu Quartz bukit dari gunung Jerai Kedah ,sedia dimaharkan pada harga rm50,berminat boleh hubungi hamba di no 013-4140431
Melayu itu bangsa berbudi,madah berhati, adat bersendi,lembut bersopan lagi berisi,itulah bangsa penuh berseni,menjadi pemimpin di akhir nanti.
Saturday, November 20, 2010
Matawang kerajaan Pulau pinang
ini adalah antara koleksi berharga kepunyaan hamba,iaitu wang syiling pulau pinang yang diguna pakai sekitar tahun 1828.mohon kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan wang syiling ini dapat memaklumkannya di ruangan koment di bawah,
Friday, November 19, 2010
watak dan perangai manusia
Assalamualaikum,huih agak lama dah ambo tak menulis dalam blog ambo ni dah hampir lupa pasword dah,anyway hari ni teringat nak cerita bab perangai orang,tak tau sai pa dok gaduh sangat nak tulih bab ni,teringat masa dok ngaji dulu zaman menadah kitab,tok guru kata, orang ni ada macam2 tabiat dan perangainya,
1.Ada orang jenis diam saja tanpa cakap tapi kerja rajin.
2.Ada pulak jenis yang rajin cakap dan rajin gak buat keja,jenis ni kita kena pakat-pakat bagi tabik spring kat dia,tapi ada gak kategori dia,
3.Jenis nie diam ja, tak brcakap dan tak gak rajin bekerja,pendek kata nie jenis zero to zero lah.
4.Jenis keempat ni pulak jenis bercakap banyak (Auta ja lebih) tapi langsung tak buat keja kalau buat keja pun jenis menumpang atas belakang orang lain saja,usah diharap dia akan memulakan sesuatu serta menyudahkan,ini lah jenis tak berguna dan sering membawa maslah dalam masyarakat kita.jenis ni kalau dia terlepas sesuatu dia mula buat kecoh,bising orang tak bagitaulah,orang tak pedulikan dialah,merajuklah,padahal dia yang tak pandai bawa diri dalam masyarakat,
5.Jenis kelima pulak jenis yang mulut pi dulu dari tangan,kalau bab kritik dengan kata pada orang,dialah no 1 lah,langsung tak menyedari bahawa dia sedang membuka pekung sendiri dan membiarkan orang lain melihat keburukan dirinya,jenis ini selalu merasakan bahawa dirinya adalah yang terbaik tetapi hakikatnya dia serba kekurangan.
6.Jenis yang keenam pulak ialah jenis yang tangan pi dulu,dia tak teragak-agak untuk bagi memberi bantuan.ni jenis orang baik-baik,tetapi selalunya jenis yang macam ini banyak dikenakan orang,inilah jenis yang sering menjadi sasaran golongan-golongan yang suka menipu dan mengambil kesempatan atas orang lain.
sama-sama kita renungkan jenis manakah kita berada.

Thursday, October 14, 2010
fasa perjuangan manusia seluruhnya
Pertamanya perlu difahami bahawa,Perjuangan manusia ini melalui 3 fasa
1.Fasa alam ruh
2.Fasa Alam Dunia
3.fasa alam akhirat
Fasa alam Ruh sebagaimana yang dinayatakan Allah di Dalam Al-Quran dari surah al-Baqarah,yang bermaksud"bukan kah Aku Ini Tuhan bagi sekelian kamu semua(sekelian ruh manusia dan Jin)Kemudian sekeliannya menjawab"Bahkan Kamulah tuhan kami Yang sebenarnya.Dari segi penyaksiannya, segala Ruh manusia dan Jin,tidak kira Islam mahupun bukan islam hakikatnya telah memperakui dengan sesungguh hati bahawa Allah Jualah Tuhan yang sebenarnya yang perlu diSembah secara Ubudiah di dalam seluruh lapangan hidup mereka bahkan yang paling penting dilihat sebagai arah tuju yang terutama dengan mengkesampingkan ketuhanan yang didirikan pada selain dari Allah,maksud mendirikan ketuhanan pada yang selain dari Allah ialah yang menjadi maksud utama dan tujuan,Kemudiannya Allah menurunkan kita kebumi ini untuk diuji atas kesaksian sebagaimana yang pernah kita semua berikan dahulu.Untuk dilihat samaada kita masih memperakui bahawa Allah Jualah yang sepatutnya menjadi tujuan dalam hidup didunia ini,untuk dilihat apakah kita akan terpesona dengan segala perhiasan dunia dan segala isinya.
2.Fasa Alam dunia bermula dari saat kita dilahirkan yang mana,Allah dengan sifat pemurahnya(yang bernama Ar-Rahman) membekalkan kita dengan beberapa peralatan untuk kita pergunakannya dalam usaha kita mencari jalan pulang kepada Allah.Dunia adalah tempat kegelapan yang tiada padanya cahaya walau sekelumit juapun.Maka disediakan Allah dengan dua peralatan canggih yang dapat memberikan cahaya buat kita berjalan didalamnya iaitu cahaya dari pancaindera mata yang dzahir dan pancaindera mata yang batin atau matahati.Cahaya pandangan mata membolehkan kita melihat tempat berjalan agar tidak terjatuh dan menerima kesakitan,manakala pancaindera matahati untuk melihat dan membezakan kebenaran dan kebatilan,Peralatan yang keduanya ialah pendengaran walau hakikatnya deria pendengaran adalah merupakan deria yang paling awal dibekalkan iaitu semenjak didalam kandungan lagi.hal ini telah terbukti apabila penemuan oleh pengkaji-pengkaji barat yang mendapati adanya respons dari seseorang bayi yang masih didalam kandungan ibunya terhadap segala bunyi-bunyi yang ada dipersekitarannya.Deria pertuturan pula merupakan deria terakhir yang diberikan Allah,yang mana dengannya menjadi penyaksian sebagai sesuatu yang dapat didengari dari orang yang menuturkannya.

Friday, September 3, 2010
tazkirah ramadhan
Tazkirah Ramadhan...Tiada rahmat bagi mereka yang tiada berkasih-sayang. Kasih-sayang tidak terhad bagi sesama yang hidup sja.
by Adnan Che Abu on Thursday, September 2, 2010 at 9:39pm
Bab 162
(Kitab RiyadusSolihin lil-Imam an-Nawawi)
Sedekah Untuk Mayat Dan Mendoakan Padanya
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu - yakni yang datang sesudah orang-orang yang dahulu - sama mengucapkan: "Ya Tuhan kita, ampunilah kita semua serta saudara-saudara kita yang telah mendahului kita dengan keimanan,"
(al-Hasyr:10)
945. Dari Aisyah radhiallahu anha bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya ibuku itu meninggal dunia secara mendadak dan saya mengira andaikata ia dapat berbicara tentu ia akan bersedekah. Adakah ibuku akan memperolehi pahala jikalau saya bersedekah untuknya?" Beliau s.a.w. bersabda: "Ya."
(Muttafaq 'alaih)
946. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jikalau seseorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara, iaitu sedekah yang mengalir atau ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak yang shalih-lagi Muslim-yang mendoakan padanya."
(Riwayat Muslim)

Tazkirah Ramadhan.....Kasihilah yang telah pergi meninggalkan kita.....
by Adnan Che Abu on Thursday, September 2, 2010 at 9:31pm
Bab 161
(Kitab RiyadusSolihin lil-Imam an-Nawawi)
Berdoa Untuk Mayat Sesudah Dikuburkan Dan Duduk Di Sisi Kuburnya Sebentar Untuk Mendoakannya Serta Memohonkan Pengampunan Untuknya Dan Untuk Membaca — Al-Quran
943. Dari Abu 'Amr, ada yang mengatakan Abu Abdillah dan ada pu!a yang mengatakan Abu Laila, iaitu Usman bin Affan r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. itu apabila telah selesai dari menanam mayat, lalu beliau berdiri atas kuburnya dan bersabda:
"Mohonkanlah pengampunan untuk saudaramu semua ini dan mohonkanlah untuknya supaya dikurnia ketetapan - jawapan ketika ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir nanti. Sebab sesungguhnya ia sekarang ini ditanya - oleh dua malaikat itu." (Riwayat Abu Dawud)
944. Dari 'Amr bin al-'Ash r.a., katanya: "Jikalau engkau semua telah memakamkan saya, maka berdirilah di sekitar kuburku sekadar selama waktu menyembelih seekor unta lalu dibahagi-bahagikan dagingnya, sehingga saya dapat merasa tenang bertemu dengan engkau semua dan saya dapat memikirkan apa-apa yang akan saya jawabkan kepada utusan-utusan Tuhanku - yakni malaikat yang akan menanyakan sesuatu."
Diriwayatkan oleh Imam Muslim. Hadis ini sudah dihuraikan selengkapnya yang panjang di muka - lihat Hadis no. 709.
Imam as-Syafi'i rahimahullah berkata:
"Disunnahkan kalau di sisi mayat yang sudah dikuburkan itu dibacakan sesuatu dari ayat-ayat al-Quran dan jikalau dapat dikhatamkan al-Quran itu seluruhnya, maka hal itu adalah baik."

waliyyullah
Waliyyullah
by Adnan Che Abu on Thursday, September 2, 2010 at 9:08pm
MASALAH & PERSOALAN
WALIYULLAH / AULIYA’ DAN KEWALIAN
Petikan dari Kitab Tafridul-Kathir mukasurat 3 :
إذا سمعت كلمات من أهل التصوف والكمال ظاهرهاليس موافقا لشريعة الهدى من الضلال توفق فيها واسأل من الله العليم أن يعلمك مالم تعلم ولا تمل إلى الإنكار الموجب للنكال, لأن بعض كلماتهم مرموزة لاتفهم, وهي فى الحقيقة مطابقة لبطن من بطون القرأن الكريم وحديث النبي الرحيم. فهذا الطريق هوالأسلم القويم, والصراط المستقيم.
Mafhumnya :
“Apabila engkau mendengar beberapa kalimah-perkataan dari ahli Tasawwuf dan kesempurnaan zahirnya tidak sesuai bagi syariatnya Nabi yang menyatakan petunjuk dari segala kesesatan maka bertawaquflah (berdiamlah) engkau padanya dan bermohonlah (berserahlah) kepada Allah Yang Maha Mengetahui agar engkau di beri akan ilmu yang belum engkau mengetahuinya. Janganlah engkau cenderung mengingkarinya yang mengakibatkan kepada natijah yang buruk. Kerana sebahagian daripada kalimah-perkataan mereka itu adalah isyarat yang tidak mudah difahami. Padahal hakikat-isinya itu sesuai dengan batinnya daripada isi al-Quran-il-Karim, dan hadisnya Nabi yang penyayang. Maka jalan ini lebih selamat sejahtera, dan jalan yang lurus.”
Mari kita lihat ta’rif atau pengertian wali.
Dalam al-Quran-ul-Karim, Allah S.W.T. telah berfirman :
ألآ إن أولياء الله لاخوف عليهم ولاهم يحزنون* ألذين ءامنوا وكانوا يتقون*
( س. يونس ؛ 62-63 )
Mafhumnya :
Ingatlah, bahawa sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran / ketakutan bagi ke atas mereka dan tiada pula mereka itu bersedih hati. ( Iaitu ) Orang-orang yang sebenar-benar beriman dan mereka sebenar-benar bertaqwa.
( Surah Yunus ; ayat 62-63 ).
Menurut Tafsir as-Sowi pada juz ke II mukasurat 182, keterangannya seperti berikut :
وهذه الجملة مستأنفة واقعة فى جواب سوأل مقدر تقديره ما صفات أولياء الله فأجاب بأنهم الذين اتصفو بالإيمان والتقوى . الخ
Mafhumnya :
Firman ini (iaitu Surat Yunus ; 62-63-64) adalah jumlah yang di isti’nafkan (di mulai semula) pada kebiasaannya sejenis jawaban dari suatu pertanyaan yang tersembunyi. ( Yang seandainya dibunyikan soalannya ) Apakah sifat-sifat Auliya’ Allah itu ? Maka dijawab dengan sesungguhnya mereka itu bersifat dengan sifat iman dan taqwa yang sebenarnya. dan begitulah seterusnya lagi.
Dinyatakan disini apa yang pernah dikatakan oleh al-Imam-ul-Jami’ bainas-Syari’ati wal-Haqiqati as-Syeikh Abdul Qasim Abdul Karim ibnu Hawazin al-Qusyairi dalam karangannya ar-Risalatul-Qusyairiyyah mukasurat 160 :
فإن قيل ما معنى الولي قيل يحتمل أمرين أحدهما أن يكون فعيلا مبالغةمن الفاعل كالعليم والقدير وغيره ويكون معناه من توالت طاعته من غير تخلل معصية ويجوزأن يكون فعيلا بمعنى مفعول كقتيل بمعنى مقتول وجريح بمعنى مجروح وهوالذي يتولى الحق سبحانه وتعالى حفظه وجراسته على الادامة والتولى فلا يخلق الخذلان الذي هو قدرة العصيان وإنما يديم توفيقه الذى هوقدرة الطاعة
قال الله تعالى وهويتولى الصالحين .
Mafhumnya :
Maka sesungguhnya apabila ada bertanya “Apa makna Wali ?” Jawabnya “Boleh dimaksudkan pada dua perkara ;
( Pertamanya ) bahawa lafaz Wali berwazan fa’ilun, sighat mubalaghah dari fa’il seperti al-‘Alim dan al-Qodir dan lain lagi jadilah maknanya (wali) ketika itu – ‘Orang yang terus-menerus taat melakukan kebaikan tanpa diselangi kejahatan maksiat’.
( Keduanya ) bahawa boleh juga fa’il dengan makna maf’ul seperti qotil bermakna maqtul dan jarih bermakna majruh jadilah maknanya (wali) ketika ini – ‘Orang yang pada al-Haq Allah S.W.T dipeliharaNYA dan dijagaNYA dan atas jalan berkekalan dan berterusan yang tiada dijadikanNYA khizlan iaitu kemampuan untuk bermaksiat-derhaka, maka sesungguhnya DIA mengekalkan taufiqNYA iaitu kemampuan untuk taat-berbakti’. Berfirman Allah S.W.T. dan DIA lah (Allah) Yang Memelihara golongan orang yang soleh.”
Dalam sebuah Hadis Qudsi yang berbunyi :
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ؛ إن الله تعالى قال ؛ من عادى لي وليا فقد آذنته بالحرب, وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما الفترضته عليه, ولايزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه, فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به, وبصره الذي يبصربه, ويده التي يبطش بها, ورجله التي يمشي بها, ولئن سألني لأعطينه, ولئن استعاذني لأعيذنه.
( رواه البخاري )
Mafhumnya :
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda ; Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman ; “Barangsiapa yang memusuhi waliKU (hamba yang setia kepadaKU) maka aku izinkan (mengisytiharkan) perang terhadapnya. Dan tiadalah seorang hambaKU yang bertaqarrub dengan sesuatu yang lebih KU cintai melainkan dia menunaikan semua yang KU fardhukan atas dirinya. Dan hendaklah sentiasa berterusan hambaKU bertaqarrub (menghampirkan) diri kepadaKU dengan nawafil (sunat-sunnah) sehingga AKU lebih mencintainya. Dan apabila AKU mencintainya, nescaya jadilah AKU (seolah-olah) pendengaran yang ia mendengar dengannya, dan pengelihatannya yang dia melihat dengannya, dan sebagai tangan yang dia bertindak dengannya, dan sebagai kaki yang dia berjalan dengannya, dan andai dia bermohon padaKU nescaya akan KUberinya, dan andaikata ia minta perlindungan akanKU lindunginya.”
( Riwayat al-Bukhori )
Pada sesetengah riwayat sohih yang lain di akhirnya dengan lafaz yang berbeza seperti dalam Kitab Bidayatul-Hidayah karangan Hujjatul-Islam, as-Syeikh Imam-ul-Ghazali r.h.m. yang berbunyi (pada akhirnya) :
.....ولسانه الذي ينطق به .
Mafhumnya :
…dan AKU lah lidahnya yang dia berkata-kata dengannya.”
Juga pada riwayat sohih yang lain dengan lafaz yang sedikit berbeza iaitu dalam Kitab at-Toriq ilallah / Kitab-us-Sidq karangan as-Syeikh-ul-‘Arif Abu Said Kharraz r.a. atau nama sebenarnya Ahmad bin Isa Al-Kharraz al-Baghdadi.( Beliau pernah berguru dengan Dzun-Nun al-Masriy, as-Sirr-us-Saqhti, Imam Bisr ibnul-Haris dan lain-lain tokoh ulama dan wali besar pada kurun tabi’en setelah sohabat. Namanya terkenal disebut dan disanjung dalam kitab ulama-ulama yang lain seperti Kitab al-Hilyah, Kitab Thabaqot-us-Sufiyyah, Kitab ar-Risalat-ul-Qusyairiyyah, Kitab Thabaqot-us-Syafi’iyyah dan lain-lain lagi.)
Dalam riwayatnya, Hadis Qudsi tersebut berbunyi :
يقول الله عزوجل : ما تقرب إلي عبدي بمثل أداء ماافترضت عليه ولا يزال يتقرب غلي بالنوافل حتى أحبه, فإذا أحببته كنت له سمعا وبصرا ويدا موءيدا, دعاني فأجبته, ونصح لي فنصحت له.
Mafhumnya :
Telah berfirman Allah AzzawaJalla ; “Tiadalah hambaKU yang mendampingi dirinya kepadaKU sepertimana ia menunaikan segala yang AKU fardhukan ke atasnya dan selama dia mendekatkan dirinya kepadaKU dengan ibadah sunat sehingga AKU mencintainya. Apabila telah Kucintainya maka (seolah-olah) seperti jadilah AKU baginya pendengaran, pengelihatan, dan tangan yang membantu. Apabila dia bermohon kepadaKU akan KU penuhi permintaannya, apabila dia minta pertunjuk KU nescaya akan Kutunjukinya.”
Di akhiri risalah ini dengan satu lagi Hadis Qudsi.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata : daripada Nabi S.A.W. sabdanya ;
إذا أحب الله تعالى العبد , نادى جبريل : إن الله يحب فلانا فأحبوه ! فيحبه أهل السماء, ثم يوضع له القبول فى الأرض .
( رواه البخاري و مسلم )
Mafhumnya :
Jika Allah Ta’ala mencintai seseorang hamba, akan menyeru Jibril ; “Sesungguhnya Allah Ta’ala mencintai si fulan maka cintailah dia !”. lalu si fulan itu dicintai oleh ahli langit, dan jadikannya disukai ahli muka-bumi.
( Hadis riwayat Bukhori dan Muslim ).

kecintaan kepada Rasulullah
Tazkirah Ramadhan.....Cintai dia, Rasulullah SAW.
by Adnan Che Abu on Thursday, September 2, 2010 at 10:24pm
Bab 243
(RiyadusSolihin lil-Imam an-Nawawi)
Shalawat Kepada Rasulullah s.a.w. - Bacaan Shalawat Kepada Rasulullah s.a.w.
Allah Ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya menyampaikan shalawatnya kepada Nabi - yakni Nabi Muhammad. Hai orang-orang yang beriman, ucapkanlah shalawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu." (al-Ahzab: 56)
1394. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda:
"Barangsiapa yang membaca shalawat kepadaku sekali shalawat, maka Allah akan memberikan kerahmatan padanya sepuluh kali dengan sebab sekali shalawat tadi." (Riwayat Muslim)
1395. Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan shalawatnya padaku," yakni lebih diutamakan oleh beliau s.a.w. untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya.
Diriwayatkanoleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.
1396. Dari Aus bin Aus r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekalti ialah hari Jum'at, maka perbanyakkanlah membaca shalawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan shalawatmu itu ditunjukkan kepadaku."
Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah shalawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya?" Dalam sebagian riwayat disebutkan: dengan kata-kata: "Sedangkan Tuan telah rusak tubuhnya?" Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuhnya sekalian Nabi."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.
1397. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Terkena debulah hidung seseorang - yakni amat hina sekali seseorang - yang di waktu nama saya disebutkan di sisinya, tetapi ia tidak suka membaca shalawat padaku."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.
1398. Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah engkau semua membuat kuburku itu sebagai hari raya - yakni untuk tempat berkumpul-kumpul guna bersenang-senang. Bacalah shalawat padaku karena sesungguhnya bacaan shalawatmu semua itu dapat sampai padaku, di mana saja engkau semua berada."

1399. Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiada seorangpun yang memberi salam padaku, melainkan Allah mengembalikan ruhku, sehingga saya dapat rnenjawab salam orang itu."

1400. Dari Ali r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang kikir ialah orang yang apabila namaku disebut disisinya ia tidak suka membaca shalawat padaku."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis shahih.
1401. Dari Fadhalah bin 'Ubaid r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa dalam shalatnya, tetapi ia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca shalawat pada Nabi s.a.w., lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tergesa-gesa sekali orang ini," kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w. lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: "Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhannya yang Maha Suci serta puja-pujaan padaNya, selanjutnya membaca shalawat kepada Nabi s.a.w., seterusnya bolehlah ia berdoa dengan apa yang dikehendaki olehnya."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis shahih.

petikan kitab
PETIKAN DARI KITAB قطرالغيثية فى علم الصوفيه
by Adnan Che Abu on Sunday, August 29, 2010 at 8:19pm

MURAJA’AH BAGI KITAB ألحكم, منهاج العابدين, تحفة المرسلة, كبريت
الأحمر, منية الفقيرالمتجر, ألرسأل الدرقوية.
Tiada faraq (فرق) antara pendapat ahlus-sufiah atas pendapat ahlul-fuqaha’ daripada hukum syaraq dan rub’ul-ibadat melainkan hanyalah ihtiatt (ءاحتياط) dengan yang terlebih rajih dan kuat daripada segala masalah yang di ikhtilaf (ءاختلاف) jua.
MUSYAHADAH.
Makna musyahadah : Lughah (لغة)
ألأطلاع على الشىء عيانا
Syaraq (شرع)
أن يديم الأطلاع على الله بعين قلبه
Syarat-syarat musyahadah dan muroqobah :
1. meninggalkan hubbud-dunia (حب الدنيا)
2. meninggalkan hubbus-syahawat ( حب الشهوات )
3. segera bertaubat
4. meninggalkan angan-angan
5. kekal dengan zikrullah ( ذكرالله ) di dalam hati.
KENALI SIFAT KEJI DAN SIFAT TERPUJI.
Sifat keji dikenali juga dengan SIFAT MAZMUMAH ( صفة مذمومه)
Digelar juga sebagai Najis Maqnawi ( نجيس معنوي ) . Contohnya seperti :
شره الطعام, شره الكلام, حب المال, حب الجاه, حب اارياسه, حب المدح, حب الدنيأ, ألغضب, ألحسد, ألتكبر, ألخلأء, فخور, ألريأء, ألعجب, ألسمعه .
Sifat terpuji perhiasan mukmin itu pula dikenali dengan SIFAT MAHMUDAH ( صفة محموده ) . Contohnya seperti :
ألتوبة, خوف, الزهد, الصبر, الشكر, ألأخلاص, التوكل, المحبه, ألرضأء, الرجأء, خشوع, خضوع, صدق, ورع, فقيرلله, الشوق, الحيأء, ذكرالموت .
ISTIDRAJ ( ءاستدراج )
"سنستدرجهم من حيث لا يعلمون"
Ada beberapa perkataan ulama hukama tentang penghuraian istilah istidraj. Antaranya :
- Lupa terhadap Allah akibat ghurur (غرور)
- Walau berdosa tetap diberi nikmat dan lupa minta ampun (bertaubat) dan lupa bersyukur.
- Terkadang musuh-musuh Allah itu dihiasi dengan ‘pakaian keWalian’. Manusia melihat seteru Allah ini dengan pandangan kemuliaan dan kemegahan. Tinggi pula mertabat/kedudukan mereka di sisi manusia dan dunianya.
- Terkadang dilekakan atau dilalaikan dengan banyaknya harta benda, pangkat, anak isteri dan kuat tubuh badan.
Istidraj ahli dunia ( أهل الدنيا ) : Seronok dengan syahwat dan isi dunia serta segala keasyikan mereka.
Istidraj ahli ilmu ( أهل العلم ) : Harap kemegahan dan penghargaan makhluk. Bangga dipuji, marah dikeji. Sukakan perdebatan ilmu bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk kemenangan.
Istidraj ahli fuqaha’ ( أهل الفقهأ ) : Takabbur, ujub dan seumpamanya, merasa lebih pintar dan benar dari yang lain.
Istidraj para murid ( مريدين ) : Melihat semata-mata pada karomah ( كرامة ) , khawarik ( خوارق ) , hikmat ( حكمة ) , nikmat dan hasilnya kelebihan ( فضيلة ) .
Istidraj para ‘arif ( عارفين ) : Terlalu menuntut akan maqrifatullah ( معرفة الله ) lalu ada yang menyangka diri mereka sudah kenal dan sampai ke hadhrat Allah walhal terpedaya dan disesatkan oleh Iblis Laqnatullah a’laih tanpa mereka sedar. Na’uzubillah.
Orang –orang Mukmin itu sentiasa dukacita ia kerana takut akan istidraj. Maka terkadang itu ada auliya-NYA yang dilihat oleh orang awam ‘berpakaian’ lahirnya seperti musuh-NYA. Disebabkan makin tinggi kedudukan maka makin tinggi tapi halus pula ujian istidraj dan ghururnya. Asal istidraj itu ialah terlupa akan kebesaran dan kekuasaan Allah Azza wa Jalla.
Takuti oleh kita akan istidraj, jangan besarkan diri sendiri atas segala makhluk. Janganlah terpedaya dengan banyaknya dunia dan banyaknya segala jenis nikmat yang dicurahkan kepada kita.
Jangan pula mudah tertipu dengan sesuatu khawarik atau karomah yang zohir sehingga pasti akan kesolehannya.
Jangan jua tertipu dengan banyak ilmu dan banyaknya ibadat dan ramai nya murid serta ikutan.
Jangan sesekali menjual agama dengan dunia.
Apabila melihat akan seorang alim yang muafakat antara perkataan dan perbuatannya, dia itulah sebenar-benar alim yang bertepatan haknya……pintalah nasihat dan panduan darinya.
( Petikan daripada Kitab المواعط البديعه )

Tuesday, August 31, 2010
laylatul Qadr
Lailatul Qadr

Didalam sepertiga akhir Ramadan inilah tersembunyi satu anugerah daripada Allah kepada umat Rasulullah صلى الله عليه ويلم berupa Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan. Semoga Allah mempertemukan aku dan kalian semua pada malam yang penuh keberkatan tersebut. Untuk mencari malam tersebut, maka marilah kita perhatikan nukilan dari kitab dari kitab al-Jauharul Mauhub wa Munabbihatul Quluub karangan al-‘Alim al-‘Allamah asy-Syeikh Wan Ali bin Wan ‘Abdurrahman al-Kelantani (Tok Wan Ali Kutan) – halaman 22 – 25 yang dicetak ditepi juzuk ke-2 kitab Sairus Salikin.
(Dan adalah) malam Lailatul Qadr itu pada Imam Syafie رضي الله عنه tersimpan ia didalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadhan tetapi pada malam kaasal (كاسل) [ganjil] itu terlebih harap akan dia dan terlebih diharap daripada segala malam yang kaasal [ganjil] itu malam yang 21 dan malam 23. (Dan yang rajihnya) bahwasanya malam Lailatul Qadr itu melazimi ia akan malam yang tertentu, maka tiada berpindah ia daripadanya seperti barang yang diriwayatkan dia daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما bahawasanya malam Lailatul Qadr itu malam yang 27 kerana diambil daripada firman Allah Ta’ala
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ hingga سَلاَمٌ هِيَ
Maka bahawasanya kalimah هي itu 27 daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam Lailatul Qadr. Dan atas perkataan inilah diamalkan pada segala masa, segala neg[e]ri dan iaitu mazhab kebanyakan ahlul ilmi. (Dan kata qil) bahwasanya malam Lailatul Qadr itu terpindah ia, tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ada ia pada 21 dan terkadang ada ia pada malam 25, demikianlah. Dan atas perkataan ini menjalani oleh orang shufi dan menyebut mereka itu akan dhobit dan kaedah bagi demikian itu, dan iaitu:-
- jika adalah awal puasa pada hari Jum’at maka malam Lailatul Qadr malam 29
- (Dan jika) awal puasa pada hari Sabtu maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 21
- (Dan jika) awal puasa pada hari Ahad maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 27
- (Dan jika) awal puasa pada hari Itsnin maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 29
- (Dan jika) awal puasa pada hari Selasa maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 25
- (Dan jika) awal puasa pada hari Rabu maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 27
- (Dan jika) awal puasa pada hari Khamis maka malam Lailatul Qadr malam 21
(Dan) telah memilih [Imam] Nawawi didalam [kitabnya] Majmu’ dan Fatawa akan qaul dengan berpindah, dan katanya [Imam an-Nawawi] didalam [kitab] ar-Raudah dan iaitu yang kuat. Intaha – Bajuuri.
(Dan tersebut) didalam Hasyiah Fathul Wahab:
- (maka jika) awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu maka malam Lailatul Qadr malam 29,
- (dan jika) awal puasa pada hari Itsnin maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 21,
- (dan jika) awal puasa hari Selasa atau Jum'at maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 27,
- (dan jika) awal puasa pada hari Khamis maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 25
- (dan jika) awal puasa hari Sabtu maka iaitu malam 23 [jatuhnya] malam Lailatul Qadr
(Kata Abu al-Hasan) dan pada masa sampai aku akan tahun laki-laki (yakni setelah beliau aqil baligh) tiada luput akan daku malam Lailatul Qadr dengan ini kaedah yang tersebut. Intaha - Barmawi dan Qalyubi. – Tamat petikan kitab –
Maka kalau bertemu atau mengetahui bahwa malam tersebut adalah lailatul qadr,maka apa perlu dibuat? Yang dianjurkan oleh junjugan kita صلى الله عليه وسلم kepada Ummul Mukminin Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنها, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidhi, an-Nasai, Ibnu Majah dan selainnya dengan sanad yang shahih, di mana dinyatakan:-
عن عائشة رضي الله عنها قالت: قلت يا رسول الله إن علمت ليلة القدر ما اقول فيها؟
قال: قولي اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Daripada Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها berkata: "Aku berkata kepada Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم: "Ya Rasulallah, jika aku mengetahui Lailatul Qadr, apa yang aku ucapkan padanya?" Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:"Ucapkanlah : "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku."
Sunday, August 29, 2010
Ramadhaaaan,......
Sayu dan hibanya hati,bila memikirkan Ramadhan ini bakal berlalu pergi,masih terlalu banyak kekhilafan diri yang belum diubati,terasa biarlah sepanjang tahun ini tetap terus berada dalam ramadhan yang diberkati,jangan hendaknya hadir bulan yang lain lagi,
Ya Allahhh,bagai terngiang ditelinga ini akan segala ungkapan guru-guru yang ku sanjungi bahawa kedatangan ramadhan disambut meriah para wali,beribadah mereka tak henti-henti,setelah 2/3 Ramadhan berlalu pergi,menagislah mereka seisi bumi,kerana tidak pasti, apakah dipertemukan lagi Ramadhan seperti ini,kerana ajal maut adalah sesuatu yang tak pasti.
Hari ini,kami masih berdiri,kerana mengharap Redhomu Ya Ilahi,Mudahan engkau menerima ibadah kami yang sekecil ini,Ampunlan kami,ampunkan kami,ampunkan kami,Yaaa Illlahi,Antal Maqshudi wa ridhooka mathluubi.

Monday, August 16, 2010
kesan dari dosa
Dosa adalah berasal dari perkataan Al-Ithmun,sebagaiman yang disebut Al Aalim Al-Alaamah As-Syeikh Jalaluddin As Suyuthi di dalam Tarsir Al-Jalaalail.ialah perlakuan yang tidak sepakat dengan perintah Allah yang di sebut sebagai larangan.Perbuatan Dosa akan meninggalkan berbagai kesan yang buruk terhadap kehidupan si pelakunya, dosa itu menghijabkan hati untuk terus meletakkan perasaan ubudiah atau rasa kehambaan kepada Allah.dan dosa juga menjadi penyebab bagi datangnya bala dan ujian sebagai ganjaran terhadap apa yang telah dikerjakan .Inilah hasil yang dinamakan sebagai dosa itu menghapuskan segala amal kebaikkan yang telah dilakukan. Menurut Al Allamah Al-Imam As Sayyid Abdullah ibn Alwi Al Haddad didalam kitabnya An Nasoihud Diniah wal washoya Al-imaniyah menyebutkan bahawa dosa itu amat memberi kesan ke atas pelakunya
Natijah daripada perlakuan dosa akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri si pelakunya.antaranya
i.Allah akan mematikan hatinya daripada terus menerima hidayah dari Allah.
ii.Setiap dosa yang dilakukan akan meninggalkan titik hitam pada hati yang mana hari-demi hari pelakunya akan bertambah jauh dari Allah.
iii.Allah menjadikan tanda hitam pada wajah pelakunya,sehingga jelas dapat dikenalpasti jenis dosa yang dilakukan.
iv.Pelaku dosa akan merasakan sangat sukar untuk melakukan ketaatan,kalaupun dibuat,dibuat dalam keterpaksaan,bukan atas dasar tanggungjawab kepada Allah,apalagi peraasaan cinta kepadanya.
v.Dosa menjadikan kita sukar mendengar dan menerima kebenaran.
vi.Dosa umpama besi berani yang menarik pelakunya untuk melakukan dosa yang lain pula.Tidak hairanlah jika seseorang yang sudah melakukan dosa besar akan mengikutinya pula dengan sesuatu dosa yang lain.
TAUFIK DAN HIDAYAH
TAUFIK
Taufik adalah dari kata dasar waffaqa yang bermaksud barsepakat atau segala amal dan pekerjaan yang kita buat berbetulan dan bertepatan dengan kehendak Allah,sesiapa yang menjaga segala hokum syariat maka dikatakan dia mendapat taufik.
HIDAYAH
Hidayah secara lafzinya bermakna petunjuk dari kata dasar huda ,Ianya merupakan satu anugerah yang tidak ternilai.Dari hidayahlah bermulanya seseorang itu berubah menjadi baik.Dengan hidayah seseorang yang bukan Islam boleh masuk Islam,yang jahat segera bertaubat,yang jahil segera insaf akan kejahihan diri,yang alim segera memohon peliharaan Allah dari terkeluar dari landasan Allah.Tiada yang paling ditakuti dari kalangan ahli-ahli agama melainkan daripada mati dalam hal keadaan keluar dari Islam.
SEBAB-SEBAB SESEORANG ITU MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH
Jalan untuk mendapat hidayah ada berbagai-bagai macam dan caranya antaranya,
1.Dia dilahirkan dalam keluarga orang yang beragama,maka didikan yang didapatinya secara langsung dan pratikal daripada suasana berkeluarga.Ini jenis orang yang bernasib baik.
2.Orang yang sejak lahirnya telah Allah bekalkan dengan kesedaran dan petunjuk.Ini jenis orang yang sejak kecil lagi suka kepada kebaikan dan kebenaran.Dia terus mencari dan mengamalkannya.orang jenis ini sangat sedikit.
3.Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok orang yang mengamalkan ajaran Islam serta mengikut syariat.Hatinya terpaut dengan golongan ini lantas mengikuti jalan mereka.
4.Jenis orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran,mereka yang sentiasa membaca,mengkaji dan memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai jenis manusia dari berbagai-bagai agama dan kepercayaan serta bergaul dengan golongan itu,maka akhirnya dia bertemu dengan kebenaran.
5.Jenis orang yang mendapat pendidikan Islamnya melalui ceramah-ceramah agama,menghadiri majlis-majlis ilmu dan akhirnya mendapat hidayah melalui jalan tersebut.
6.Jenis orang yang diuji oleh Allah ,mungkin selepas kaya dia jatuh miskin atau mungkin Allah matikan ahli keluarganya,ataupun Allah timpakan musibah berupa kemalangan yang menghilangkan keupayaan diri seperti sebelumnya ataupun Allah timpakan bencana Alam keatas semua hartanya dan ahli keluarganya seperti kebakaran,tanah runtuh,banjir besar dan sebagainya.Dari situlah dia sedar dan insaf lantas dia kembali mendekatkan diri kepada Allah.
7.Jenis orang yang mendapat kebenaran,kerena Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam barzakh,melihat orang yang di azab,atau dia sendiri yang diazab,atau melihat gambaran kiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok-pokok bersujud ataupun pokok-pokok bertasbih ataupun keajaiban-keajaiban lain yang menjadikan dia bergerak kepada kebenaran.
8.Orang yang sedar setelah melihat adanya golongan yang kehidupan dunianya hebat,penuh kekayaan tetapi kehidupan mereka sentiasa porak peranda,tiada kasih saying sesama ahli,masing—masing sebuk dengan urusan sendiri.dari itu dia sedar bahawa kemewahan hidup tidak manjamin kebahagiaan di dunia apatah lagi di akhirat sana.
9.Dia sendiri mengalami kemewahan hidup,tetapi tidak bahagia lantas dia insaf dan sedar,akhirnya mencari jalan kebenaran.Sepertumana kisah Ibrahim bin Adham,Seorang Raja yang meninggalkan takhta dan kerajaannya lalu tinggal digua.
10.Orang yang mendapat petunjuk kerana ada orang yang soleh mendoakannya,lalu doa itu dikabulkan Alllah,maka berislamlah dia sebagaimana Islamnya Saiyidina Umar Al-Khattab yang mendapat petunjuk hasil dari doa Rasulullah.
11.Namun bukanlah hanya sebagaimana telah dijalaskan itu sahaja jalan sampainya hidayat,sesunggungnya jalan hidayat adalah milik allah jua,dan Allah boleh memberikan hidayat pada sesiapa sahaja yang dia kehendaki.begitulah firman Allah yang bermaksud sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki.
BERKATA KEBANYAKAN MASYAIKH’ KENALILAH DIRI KAMU MAKA KAMU AKAN MENGENALI TUHANMU’ DAN DI SEBUT DI DALAM SIYARUS SALIKIN lis syeikh Abdus Shomad Al-falimbani,BAHAWA,
Bagaimana yang dikatakan mengenal diri itu?
Mengenal diri bermaksud mangenal nafsu yang ada pada diri kita dan mengetahui tentang kaburukannya.
1.Nafsu berasa takut tetapi bukannya takut pada Allah
2.Nafsu sentiasa mengharapkan itu dan ini tetapi bukannya meletakkan harapan pada Allah.
3.Nafsu sangat sukakan keseronokkan,
a)Nafsu mulut suka makan dan bercakap banyak,sifat suka kepada makan banyak mengakibatkan mata mengantuk ,tidur hingga terabai perintah Allah,suka kepada cakap banyak hingga mendatangkan gelak ketawa yang juga banyak,bila gelak ketawa banyak maka beratlah terasa diri apabila hendak bangun mengerjakan ibadat,dek kerana sebab sayangnya untuk meninggalkan tempat keseronokkan itu,Akhirnya terus ditinggalkan begitu sahaja.Inilah yang disebut di dalam hadis bahawa orang yang Fajir(A’si) itu melihat dosa yang dilakukannya seumpama seekor lalat yang hinggap pada batang hidungnya yakni tidak menghasilkan walau sedikitpun kerisauan tentang kemurkaan Allah.
b)Nafsu mata, sangat suka melihat kepada perkara-perkara yang haram,apabila sudah menjadi keterbiasaan maka bertukarlah menjadi sikap,sehingga setiap pandangannya akan terarah ketempat-tempat yang haram dan tidak layak dipandang mata.Mata adalah merupakan pintu bagi segala kejahatan,itulah sebabnya ,dengan mata juga membolehkan seseorang sentiasa berkhayal tentang apa yang pernah dilihatnya.
c)Nafsu telinga suka mendengar kepada perkara-perkara yang haram,seperti cerita dan umpat keji pada orang lain,mendengar pada perkara-perkara yang lagha dan melalaikan.
d)Nafsu syahwat pula merupakan ikutan kepada permulaan nafsu-nafsu tadi,nafsu syahwat terhadap pasangan lawan jenis sentiasa ada di dalam diri sehingga seseorang itu mati.
Kesan dari dosa ummat, bertukar menjadi Bencana akibat dari perbuatan manusia itu Sendiri
Kebelakangan ini, kita sering mendengar pelbagai berita mengenai tragedi yang berlaku di seluruh dunia. Ini termasuklah pembunuhan yang berpunca daripada perasaan tamak serta dengki khianat sesama manusia itu sendiri. Selain daripada itu, bencana alam seperti banjir, taufan, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, peperangan serta banyak lagi tragedi lain semakin kerap melanda sebahagian besar muka bumi yang kita diami.
Kesan daripada bencana itu, berlakulah kehilangan ribuan nyawa manusia, ternakan dan juga kerugian harta benda yang tidak ternilai. Dalam pada itu, ada juga tempat-tempat yang jarang atau tidak pernah kita dengar berlaku gempa bumi, kini dilaporkan mengalami kejadian itu. Begitu juga dengan peperangan, hampir setiap hari beribu-ribu manusia terkorban kerana bencana buatan manusia sendiri. Daripada peristiwa itu, dapat kita melihat bagaimana manusia dan alam kini semakin kalut dengan pelbagai kemelut. Bagaimanapun, qada’ dan qadar Allah ternyata berlaku terhadap manusia berasaskan perbuatan mereka sendiri.
Apabila datang bencana, ia adalah balasan yang setimpal daripada Allah kepada segelintir hamba-Nya yang tidak pernah mahu menginsafi perbuatan masing-masing dengan meneruskan penderhakaan terhadap Allah. Kalau direnung secara mendalam, kita akan dapati bahawa segala malapetaka yang berlaku sekarang membuktikan keagungan Allah terhadap hamba-Nya. Kemarau dan banjir umpamanya menakutkan manusia di serata dunia. Ini kerana ia boleh berlaku di mana saja tanpa mengira keadaan iklim atau fizikal sesuatu tempat itu lagi hingga ia kadangkala turut mengelirukan pihak yang terbabit untuk membuat kajian saintifik mengenai bencana tersebut.Dalam hubungan itu, masing-masing lupa bahawa bencana itu adalah ketetapan Allah lantaran kedurjanaan yang dilakukan oleh kelompok manusia tertentu. Kini, maksiat berlaku di merata tempat dan manusia kian gila dengan kehidupan sosial tanpa batasan. Kalau dikaji secara mendalam, bencana seperti kemarau yang begitu teruk sebenarnya adalah bala Allah terhadap manusia yang enggan mensyukuri nikmat Allah. Rezeki dan kurniaan Allah terhadap mereka banyak dilaburkan ke jalan maksiat dan sia-sia. Apabila diuji oleh Allah dengan kepapaan dan kemiskinan, mereka begitu mudah berputus asa dan mula menderhakai Allah dengan melakukan alternatif yang tidak direstui Islam.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.”
(Surah As-Syura: ayat 30)
Sebagai umat Islam yang meyakini keesaan dan keadilan Allah, maka adalah perlu bagi kita semua untuk merenungi dan meneliti setiap kejadian ngeri, termasuk pelbagai musibah yang berlaku dengan penuh keinsafan. Insaf kerana segala apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah dan insaf untuk beringat-ingat bahawa bencana yang terjadi akan menimpa sesiapa jua nanti, andainya mereka melakukan penderhakaan terhadap Allah. Dalam hal ini, setiap kita perlu merenung ke dalam diri kita dengan serius, mengkaji setiap tingkah laku dan tindakan yang kita ambil sekian lama, apakah semuanya menepati kehendak masyarakat keseluruhannya atau menyeleweng daripada landasan kebenaran dan keredaan Allah. Apabila Allah sendiri berjanji seperti di dalam firman-Nya itu, maka tidak mustahil setiap bencana yang berlaku adalah balasan di atas sikap dan perlakuan manusia itu sendiri. Dalam pada itu, jika ada kesederhanaan dalam malapetaka yang menimpa seseorang atau sesuatu umat, maka ia barangkali menjadi satu ingatan dan pesanan daripada Allah agar mereka yang terbabit segera insaf dan kembali kepada kebenaran.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai kaum-Ku, mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus melakukan dosa.”
(Surah Hud: ayat 52)
Keengganan menunaikan beberapa tuntutan Islam seperti mengeluarkan zakat juga mempunyai hubungan dengan bencana, antaranya kemungkinan berlaku kemarau panjang seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan selama-lamanya.”
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.(Golongan pemerintah dan penguasa-penguasa kerajaan)
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15.Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu (seperti tindakan pengikut-pengikut ajaran wahhabi yang memburuk-burukkan ulama-ulama tanah melayu terdahulu), maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita pasti menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, sama-samalah kita kembali kepada tatacara hidup seperti yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.
Hak cipta ibn-Mardzuqi Al-Jitri ©
Subscribe to:
Posts (Atom)