Saturday, November 20, 2010

Matawang kerajaan Pulau pinang

ini adalah antara koleksi berharga kepunyaan hamba,iaitu wang syiling  pulau pinang yang diguna pakai sekitar tahun 1828.mohon kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan wang syiling ini dapat memaklumkannya di ruangan koment di bawah,





Jenis batu-batu Quartz bukit dari gunung Jerai Kedah ,sedia dimaharkan pada harga rm50,berminat boleh hubungi hamba di no 013-4140431

Friday, November 19, 2010

watak dan perangai manusia

Assalamualaikum,huih agak lama dah ambo tak menulis dalam blog ambo ni dah hampir lupa pasword dah,anyway hari ni teringat nak cerita bab perangai orang,tak tau sai pa dok gaduh sangat nak tulih bab ni,teringat masa dok ngaji dulu zaman menadah kitab,tok guru kata, orang ni ada macam2 tabiat dan perangainya,
1.Ada orang jenis diam saja tanpa cakap tapi kerja rajin.
2.Ada pulak jenis yang rajin cakap dan rajin gak buat keja,jenis ni kita kena pakat-pakat bagi tabik spring kat dia,tapi ada gak kategori dia,
3.Jenis nie diam ja, tak brcakap dan tak gak rajin bekerja,pendek kata nie jenis zero to zero lah.
4.Jenis keempat ni pulak jenis bercakap banyak (Auta ja lebih) tapi langsung tak buat keja kalau buat keja pun jenis menumpang atas belakang orang lain saja,usah diharap dia akan memulakan sesuatu serta menyudahkan,ini lah jenis tak berguna dan sering membawa maslah dalam masyarakat kita.jenis ni kalau dia terlepas sesuatu dia mula buat kecoh,bising orang tak bagitaulah,orang tak pedulikan dialah,merajuklah,padahal dia yang tak pandai bawa diri dalam masyarakat,
5.Jenis kelima pulak jenis yang mulut pi dulu dari tangan,kalau bab kritik dengan kata pada orang,dialah no 1 lah,langsung tak menyedari bahawa dia sedang membuka pekung sendiri dan membiarkan orang lain melihat keburukan dirinya,jenis ini selalu merasakan bahawa dirinya adalah yang terbaik tetapi hakikatnya dia serba kekurangan.
6.Jenis yang keenam pulak ialah jenis yang tangan pi dulu,dia tak teragak-agak untuk bagi memberi bantuan.ni jenis orang baik-baik,tetapi selalunya jenis yang macam ini banyak dikenakan orang,inilah jenis yang sering menjadi sasaran golongan-golongan yang suka menipu dan mengambil kesempatan atas orang lain.

sama-sama kita renungkan jenis manakah kita berada.

Thursday, October 14, 2010

fasa perjuangan manusia seluruhnya

Pertamanya perlu difahami bahawa,Perjuangan manusia ini melalui 3 fasa
1.Fasa alam ruh
2.Fasa Alam Dunia
3.fasa alam akhirat

Fasa alam Ruh sebagaimana yang dinayatakan Allah di Dalam Al-Quran dari surah al-Baqarah,yang bermaksud"bukan kah Aku Ini Tuhan bagi sekelian kamu semua(sekelian ruh manusia dan Jin)Kemudian sekeliannya menjawab"Bahkan Kamulah tuhan kami Yang sebenarnya.Dari segi penyaksiannya, segala Ruh manusia dan Jin,tidak kira Islam mahupun bukan islam hakikatnya telah memperakui dengan sesungguh hati bahawa Allah Jualah Tuhan yang sebenarnya yang perlu diSembah secara Ubudiah di dalam seluruh lapangan hidup mereka bahkan yang paling penting dilihat sebagai arah tuju yang terutama dengan mengkesampingkan ketuhanan yang didirikan pada selain dari Allah,maksud mendirikan ketuhanan pada yang selain dari Allah ialah yang menjadi maksud utama dan tujuan,Kemudiannya Allah menurunkan kita kebumi ini untuk diuji atas kesaksian sebagaimana yang pernah kita semua berikan dahulu.Untuk dilihat samaada kita masih memperakui bahawa Allah Jualah yang sepatutnya menjadi tujuan dalam hidup didunia ini,untuk dilihat apakah kita akan terpesona dengan segala perhiasan dunia dan segala isinya.
2.Fasa Alam dunia bermula dari saat kita dilahirkan yang mana,Allah dengan sifat pemurahnya(yang bernama Ar-Rahman) membekalkan kita dengan beberapa peralatan untuk kita pergunakannya dalam usaha kita mencari jalan pulang kepada Allah.Dunia adalah tempat kegelapan yang tiada padanya cahaya walau sekelumit juapun.Maka disediakan Allah dengan dua peralatan canggih yang dapat memberikan cahaya buat kita berjalan didalamnya iaitu cahaya dari pancaindera mata yang dzahir dan pancaindera mata yang batin atau matahati.Cahaya pandangan mata membolehkan kita melihat tempat berjalan agar tidak terjatuh dan menerima kesakitan,manakala pancaindera matahati untuk melihat dan membezakan kebenaran dan kebatilan,Peralatan yang keduanya ialah pendengaran walau hakikatnya deria pendengaran adalah merupakan deria yang paling awal dibekalkan iaitu semenjak didalam kandungan lagi.hal ini telah terbukti apabila penemuan oleh pengkaji-pengkaji barat yang mendapati adanya respons dari seseorang bayi yang masih didalam kandungan ibunya terhadap segala bunyi-bunyi yang ada dipersekitarannya.Deria pertuturan pula merupakan deria terakhir yang diberikan Allah,yang mana dengannya menjadi penyaksian sebagai sesuatu yang dapat didengari dari orang yang menuturkannya.

Friday, September 3, 2010

tazkirah ramadhan

Tazkirah Ramadhan...Tiada rahmat bagi mereka yang tiada berkasih-sayang. Kasih-sayang tidak terhad bagi sesama yang hidup sja.
by Adnan Che Abu on Thursday, September 2, 2010 at 9:39pm

Bab 162

(Kitab RiyadusSolihin lil-Imam an-Nawawi)



Sedekah Untuk Mayat Dan Mendoakan Padanya

Allah Ta'ala berfirman:



"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu - yakni yang datang sesudah orang-orang yang dahulu - sama mengucapkan: "Ya Tuhan kita, ampunilah kita semua serta saudara-saudara kita yang telah mendahului kita dengan keimanan,"

(al-Hasyr:10)



945. Dari Aisyah radhiallahu anha bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya ibuku itu meninggal dunia secara mendadak dan saya mengira andaikata ia dapat berbicara tentu ia akan bersedekah. Adakah ibuku akan memperolehi pahala jikalau saya bersedekah untuknya?" Beliau s.a.w. bersabda: "Ya."

(Muttafaq 'alaih)



946. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Jikalau seseorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara, iaitu sedekah yang mengalir atau ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak yang shalih-lagi Muslim-yang mendoakan padanya."

(Riwayat Muslim)

tazkirah ramadhan

Tazkirah Ramadhan.....Kasihilah yang telah pergi meninggalkan kita.....
by Adnan Che Abu on Thursday, September 2, 2010 at 9:31pm

Bab 161

(Kitab RiyadusSolihin lil-Imam an-Nawawi)



Berdoa Untuk Mayat Sesudah Dikuburkan Dan Duduk Di Sisi Kuburnya Sebentar Untuk Mendoakannya Serta Memohonkan Pengampunan Untuknya Dan Untuk Membaca — Al-Quran





943. Dari Abu 'Amr, ada yang mengatakan Abu Abdillah dan ada pu!a yang mengatakan Abu Laila, iaitu Usman bin Affan r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. itu apabila telah selesai dari menanam mayat, lalu beliau berdiri atas kuburnya dan bersabda:



"Mohonkanlah pengampunan untuk saudaramu semua ini dan mohonkanlah untuknya supaya dikurnia ketetapan - jawapan ketika ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir nanti. Sebab sesungguhnya ia sekarang ini ditanya - oleh dua malaikat itu." (Riwayat Abu Dawud)



944. Dari 'Amr bin al-'Ash r.a., katanya: "Jikalau engkau semua telah memakamkan saya, maka berdirilah di sekitar kuburku sekadar selama waktu menyembelih seekor unta lalu dibahagi-bahagikan dagingnya, sehingga saya dapat merasa tenang bertemu dengan engkau semua dan saya dapat memikirkan apa-apa yang akan saya jawabkan kepada utusan-utusan Tuhanku - yakni malaikat yang akan menanyakan sesuatu."



Diriwayatkan oleh Imam Muslim. Hadis ini sudah dihuraikan selengkapnya yang panjang di muka - lihat Hadis no. 709.

Imam as-Syafi'i rahimahullah berkata:



"Disunnahkan kalau di sisi mayat yang sudah dikuburkan itu dibacakan sesuatu dari ayat-ayat al-Quran dan jikalau dapat dikhatamkan al-Quran itu seluruhnya, maka hal itu adalah baik."

waliyyullah

Waliyyullah
by Adnan Che Abu on Thursday, September 2, 2010 at 9:08pm

MASALAH & PERSOALAN

WALIYULLAH / AULIYA’ DAN KEWALIAN





Petikan dari Kitab Tafridul-Kathir mukasurat 3 :



إذا سمعت كلمات من أهل التصوف والكمال ظاهرهاليس موافقا لشريعة الهدى من الضلال توفق فيها واسأل من الله العليم أن يعلمك مالم تعلم ولا تمل إلى الإنكار الموجب للنكال, لأن بعض كلماتهم مرموزة لاتفهم, وهي فى الحقيقة مطابقة لبطن من بطون القرأن الكريم وحديث النبي الرحيم. فهذا الطريق هوالأسلم القويم, والصراط المستقيم.

Mafhumnya :

“Apabila engkau mendengar beberapa kalimah-perkataan dari ahli Tasawwuf dan kesempurnaan zahirnya tidak sesuai bagi syariatnya Nabi yang menyatakan petunjuk dari segala kesesatan maka bertawaquflah (berdiamlah) engkau padanya dan bermohonlah (berserahlah) kepada Allah Yang Maha Mengetahui agar engkau di beri akan ilmu yang belum engkau mengetahuinya. Janganlah engkau cenderung mengingkarinya yang mengakibatkan kepada natijah yang buruk. Kerana sebahagian daripada kalimah-perkataan mereka itu adalah isyarat yang tidak mudah difahami. Padahal hakikat-isinya itu sesuai dengan batinnya daripada isi al-Quran-il-Karim, dan hadisnya Nabi yang penyayang. Maka jalan ini lebih selamat sejahtera, dan jalan yang lurus.”



Mari kita lihat ta’rif atau pengertian wali.

Dalam al-Quran-ul-Karim, Allah S.W.T. telah berfirman :



ألآ إن أولياء الله لاخوف عليهم ولاهم يحزنون* ألذين ءامنوا وكانوا يتقون*

( س. يونس ؛ 62-63 )



Mafhumnya :

Ingatlah, bahawa sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran / ketakutan bagi ke atas mereka dan tiada pula mereka itu bersedih hati. ( Iaitu ) Orang-orang yang sebenar-benar beriman dan mereka sebenar-benar bertaqwa.

( Surah Yunus ; ayat 62-63 ).







Menurut Tafsir as-Sowi pada juz ke II mukasurat 182, keterangannya seperti berikut :

وهذه الجملة مستأنفة واقعة فى جواب سوأل مقدر تقديره ما صفات أولياء الله فأجاب بأنهم الذين اتصفو بالإيمان والتقوى . الخ



Mafhumnya :

Firman ini (iaitu Surat Yunus ; 62-63-64) adalah jumlah yang di isti’nafkan (di mulai semula) pada kebiasaannya sejenis jawaban dari suatu pertanyaan yang tersembunyi. ( Yang seandainya dibunyikan soalannya ) Apakah sifat-sifat Auliya’ Allah itu ? Maka dijawab dengan sesungguhnya mereka itu bersifat dengan sifat iman dan taqwa yang sebenarnya. dan begitulah seterusnya lagi.





Dinyatakan disini apa yang pernah dikatakan oleh al-Imam-ul-Jami’ bainas-Syari’ati wal-Haqiqati as-Syeikh Abdul Qasim Abdul Karim ibnu Hawazin al-Qusyairi dalam karangannya ar-Risalatul-Qusyairiyyah mukasurat 160 :

فإن قيل ما معنى الولي قيل يحتمل أمرين أحدهما أن يكون فعيلا مبالغةمن الفاعل كالعليم والقدير وغيره ويكون معناه من توالت طاعته من غير تخلل معصية ويجوزأن يكون فعيلا بمعنى مفعول كقتيل بمعنى مقتول وجريح بمعنى مجروح وهوالذي يتولى الحق سبحانه وتعالى حفظه وجراسته على الادامة والتولى فلا يخلق الخذلان الذي هو قدرة العصيان وإنما يديم توفيقه الذى هوقدرة الطاعة

قال الله تعالى وهويتولى الصالحين .

Mafhumnya :

Maka sesungguhnya apabila ada bertanya “Apa makna Wali ?” Jawabnya “Boleh dimaksudkan pada dua perkara ;

( Pertamanya ) bahawa lafaz Wali berwazan fa’ilun, sighat mubalaghah dari fa’il seperti al-‘Alim dan al-Qodir dan lain lagi jadilah maknanya (wali) ketika itu – ‘Orang yang terus-menerus taat melakukan kebaikan tanpa diselangi kejahatan maksiat’.

( Keduanya ) bahawa boleh juga fa’il dengan makna maf’ul seperti qotil bermakna maqtul dan jarih bermakna majruh jadilah maknanya (wali) ketika ini – ‘Orang yang pada al-Haq Allah S.W.T dipeliharaNYA dan dijagaNYA dan atas jalan berkekalan dan berterusan yang tiada dijadikanNYA khizlan iaitu kemampuan untuk bermaksiat-derhaka, maka sesungguhnya DIA mengekalkan taufiqNYA iaitu kemampuan untuk taat-berbakti’. Berfirman Allah S.W.T. dan DIA lah (Allah) Yang Memelihara golongan orang yang soleh.”







Dalam sebuah Hadis Qudsi yang berbunyi :



عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ؛ إن الله تعالى قال ؛ من عادى لي وليا فقد آذنته بالحرب, وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما الفترضته عليه, ولايزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه, فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به, وبصره الذي يبصربه, ويده التي يبطش بها, ورجله التي يمشي بها, ولئن سألني لأعطينه, ولئن استعاذني لأعيذنه.

( رواه البخاري )



Mafhumnya :

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda ; Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman ; “Barangsiapa yang memusuhi waliKU (hamba yang setia kepadaKU) maka aku izinkan (mengisytiharkan) perang terhadapnya. Dan tiadalah seorang hambaKU yang bertaqarrub dengan sesuatu yang lebih KU cintai melainkan dia menunaikan semua yang KU fardhukan atas dirinya. Dan hendaklah sentiasa berterusan hambaKU bertaqarrub (menghampirkan) diri kepadaKU dengan nawafil (sunat-sunnah) sehingga AKU lebih mencintainya. Dan apabila AKU mencintainya, nescaya jadilah AKU (seolah-olah) pendengaran yang ia mendengar dengannya, dan pengelihatannya yang dia melihat dengannya, dan sebagai tangan yang dia bertindak dengannya, dan sebagai kaki yang dia berjalan dengannya, dan andai dia bermohon padaKU nescaya akan KUberinya, dan andaikata ia minta perlindungan akanKU lindunginya.”

( Riwayat al-Bukhori )



Pada sesetengah riwayat sohih yang lain di akhirnya dengan lafaz yang berbeza seperti dalam Kitab Bidayatul-Hidayah karangan Hujjatul-Islam, as-Syeikh Imam-ul-Ghazali r.h.m. yang berbunyi (pada akhirnya) :

.....ولسانه الذي ينطق به .

Mafhumnya :

…dan AKU lah lidahnya yang dia berkata-kata dengannya.”



Juga pada riwayat sohih yang lain dengan lafaz yang sedikit berbeza iaitu dalam Kitab at-Toriq ilallah / Kitab-us-Sidq karangan as-Syeikh-ul-‘Arif Abu Said Kharraz r.a. atau nama sebenarnya Ahmad bin Isa Al-Kharraz al-Baghdadi.( Beliau pernah berguru dengan Dzun-Nun al-Masriy, as-Sirr-us-Saqhti, Imam Bisr ibnul-Haris dan lain-lain tokoh ulama dan wali besar pada kurun tabi’en setelah sohabat. Namanya terkenal disebut dan disanjung dalam kitab ulama-ulama yang lain seperti Kitab al-Hilyah, Kitab Thabaqot-us-Sufiyyah, Kitab ar-Risalat-ul-Qusyairiyyah, Kitab Thabaqot-us-Syafi’iyyah dan lain-lain lagi.)







Dalam riwayatnya, Hadis Qudsi tersebut berbunyi :



يقول الله عزوجل : ما تقرب إلي عبدي بمثل أداء ماافترضت عليه ولا يزال يتقرب غلي بالنوافل حتى أحبه, فإذا أحببته كنت له سمعا وبصرا ويدا موءيدا, دعاني فأجبته, ونصح لي فنصحت له.

Mafhumnya :

Telah berfirman Allah AzzawaJalla ; “Tiadalah hambaKU yang mendampingi dirinya kepadaKU sepertimana ia menunaikan segala yang AKU fardhukan ke atasnya dan selama dia mendekatkan dirinya kepadaKU dengan ibadah sunat sehingga AKU mencintainya. Apabila telah Kucintainya maka (seolah-olah) seperti jadilah AKU baginya pendengaran, pengelihatan, dan tangan yang membantu. Apabila dia bermohon kepadaKU akan KU penuhi permintaannya, apabila dia minta pertunjuk KU nescaya akan Kutunjukinya.”





Di akhiri risalah ini dengan satu lagi Hadis Qudsi.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata : daripada Nabi S.A.W. sabdanya ;



إذا أحب الله تعالى العبد , نادى جبريل : إن الله يحب فلانا فأحبوه ! فيحبه أهل السماء, ثم يوضع له القبول فى الأرض .

( رواه البخاري و مسلم )

Mafhumnya :

Jika Allah Ta’ala mencintai seseorang hamba, akan menyeru Jibril ; “Sesungguhnya Allah Ta’ala mencintai si fulan maka cintailah dia !”. lalu si fulan itu dicintai oleh ahli langit, dan jadikannya disukai ahli muka-bumi.

( Hadis riwayat Bukhori dan Muslim ).

kecintaan kepada Rasulullah

Tazkirah Ramadhan.....Cintai dia, Rasulullah SAW.
by Adnan Che Abu on Thursday, September 2, 2010 at 10:24pm

Bab 243

(RiyadusSolihin lil-Imam an-Nawawi)

Shalawat Kepada Rasulullah s.a.w. - Bacaan Shalawat Kepada Rasulullah s.a.w.




Allah Ta'ala berfirman:



"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya menyampaikan shalawatnya kepada Nabi - yakni Nabi Muhammad. Hai orang-orang yang beriman, ucapkanlah shalawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu." (al-Ahzab: 56)



1394. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda:



"Barangsiapa yang membaca shalawat kepadaku sekali shalawat, maka Allah akan memberikan kerahmatan padanya sepuluh kali dengan sebab sekali shalawat tadi." (Riwayat Muslim)



1395. Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan shalawatnya padaku," yakni lebih diutamakan oleh beliau s.a.w. untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya.



Diriwayatkanoleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.



1396. Dari Aus bin Aus r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekalti ialah hari Jum'at, maka perbanyakkanlah membaca shalawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan shalawatmu itu ditunjukkan kepadaku."



Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah shalawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya?" Dalam sebagian riwayat disebutkan: dengan kata-kata: "Sedangkan Tuan telah rusak tubuhnya?" Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuhnya sekalian Nabi."



Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.



1397. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Terkena debulah hidung seseorang - yakni amat hina sekali seseorang - yang di waktu nama saya disebutkan di sisinya, tetapi ia tidak suka membaca shalawat padaku."



Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.



1398. Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Janganlah engkau semua membuat kuburku itu sebagai hari raya - yakni untuk tempat berkumpul-kumpul guna bersenang-senang. Bacalah shalawat padaku karena sesungguhnya bacaan shalawatmu semua itu dapat sampai padaku, di mana saja engkau semua berada."



Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.



1399. Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Tiada seorangpun yang memberi salam padaku, melainkan Allah mengembalikan ruhku, sehingga saya dapat rnenjawab salam orang itu."



Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.



1400. Dari Ali r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang kikir ialah orang yang apabila namaku disebut disisinya ia tidak suka membaca shalawat padaku."



Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis shahih.



1401. Dari Fadhalah bin 'Ubaid r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa dalam shalatnya, tetapi ia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca shalawat pada Nabi s.a.w., lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tergesa-gesa sekali orang ini," kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w. lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: "Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhannya yang Maha Suci serta puja-pujaan padaNya, selanjutnya membaca shalawat kepada Nabi s.a.w., seterusnya bolehlah ia berdoa dengan apa yang dikehendaki olehnya."



Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis shahih.